18 March 2012

NIKAH GANTUNG :)





Apakah itu yang dimaksudkan dengan nikah gantung? Saya akan kongsikannya bersama anda 

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.
Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.
Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.
Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
1.Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti  rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
2.Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
3.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

 Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

  Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.
Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku. 
Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian. 




24 February 2012

MNS , i'm waiting for this moment :)


Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

16 January 2012

yakin cintamu ku dapat

    • Langkah kakiku semakin sesat
      Saat dirimu hakimi hatiku
      Namun ku coba selalu mengalah
      Ku lakukan demi cinta

      Aku menunggu dan terus berharap
      Dan aku bertahan hingga datang gelap
      Hingga suatu saat tubuhmu ku dekap
      Yakin cintamu ku dapat

      Meski kau selalu menyakiti aku
      Ku coba bertahan walau sakit hati ini
      Ku paksakan dan aku percaya
      Suatu saat nanti kau akan mengerti
      Bahwa cintaku ini takkan mati

      Aku menunggu dan terus berharap
      Dan aku bertahan hingga datang gelap
      Hingga suatu saat tubuhmu ku dekap
      Yakin cintamu ku dapat

      Meski kau selalu menyakiti aku
      Ku coba bertahan walau sakit hati ini
      Ku paksakan dan aku percaya
      Suatu saat nanti kau akan mengerti
      Bahwa cintaku ini takkan mati

      Meski kau selalu menyakiti aku
      Ku coba bertahan walau sakit hati ini
      Ku paksakan huwooo.. huwooo.. huwooo..
      Bahwa cintaku ini takkan mati


      15thJAN 2012,8.09pm ; thanxx bagi lagu ni wahai MNS ! sweettt laa youuuu  :)


13 January 2012

Dear MNS ,

Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin menyakitimu
kerana aku menyayangimu, aku tak ingin melukai hatimu
kerana aku suka akhlak dan budi pekertimu, aku tak ingin mmbuatmu kecewa


" Bila kamu menaruh rasa di hatimu, biarkan rasa itu indah bersemi dalam cinta-Nya yang 
abadi.. Bila hatimu ingin aku jadi kekasihmu, berharaplah pada kasihNYA suci... Aku hanya 
ingin jadi kekasihmu setelah DIA tak lagi cemburu padaku.”