06 October 2011

warkah buat HAWA

HAWA, andai engkau masih remaja , jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu , andai engkau sudah bersuami , jadilah isteri  yang meringankan beban suamimu ,andai engkau masih ibu , didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH ...

HAWA, andai engkau belum berkahwin, jangan lah risau jodohmu , ingatlah janji Tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, , maka lahirlah senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA, andai lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, TETAPI , lelaki yang baik akan menilai akhlaknya,peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan syaitan untuk menggodanya, lelaki yang warak jugak, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni bahawa sebuah perkahwinan. Oleh itu, HAWA , jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan
dirimu.

HAWA, cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperoleh keredhaan Allah, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain cinta dari keluarga. Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia, juga menggoncangkan iman lelaki... TUNDUK PANDANGANMU..

peringatan untuk diri sendiri ~~
hablumminallah
hablumminannas

02 October 2011

tanpamu :)


Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu
Tanpamu nafasku terhenti

Keranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya


Kasih yakinlah kepada dirimu
Sayang dan cinta ku pun hanya untuk mu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu
by: Sabhi Saddi dan Helena


*** semoga Allah panjangkan umur emak DAN sihat selalu . Mudah mudahan ada perkembangan positif . InsyaAllah.