HAWA, andai engkau masih remaja , jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu , andai engkau sudah bersuami , jadilah isteri yang meringankan beban suamimu ,andai engkau masih ibu , didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH ...
HAWA, andai engkau belum berkahwin, jangan lah risau jodohmu , ingatlah janji Tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, , maka lahirlah senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...
HAWA, andai lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, TETAPI , lelaki yang baik akan menilai akhlaknya,peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan syaitan untuk menggodanya, lelaki yang warak jugak, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni bahawa sebuah perkahwinan. Oleh itu, HAWA , jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan
dirimu.
HAWA, cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperoleh keredhaan Allah, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain cinta dari keluarga. Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia, juga menggoncangkan iman lelaki... TUNDUK PANDANGANMU..
peringatan untuk diri sendiri ~~
hablumminallah
hablumminannas